X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 08 Disember 2021

PCM gesa SPRM siasat projek rundingan terus era PH

Muralitharan (kiri) bersama penyokong PCM hadir membuat laporan kepada SPRM di sini hari ini.
A
A

PUTRAJAYA - Parti Cinta Malaysia (PCM) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pendedahan 101 projek perolehan berjumlah RM6.61 bilion ditawarkan secara rundingan terus oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan pemerintahannya sebelum ini.

Naib Presidennya, R Muralitharan berkata, 101 projek yang mendapat kelulusan Kementerian Kewangan yang ketika itu diterajui oleh Menteri, Lim Guan Eng disyaki wujud salah guna kuasa.

"Pihak SPRM perlu menjalankan siasatan salah laku dan salah guna kuasa terhadap prosedur operasi standard (SOP) kelulusan projek terhadap syarikat-syarikat berkenaan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN 101 projek rundingan terus diluluskan zaman PH

Menurutnya, SPRM juga harus menyiasat sama ada berlaku pengaliran wang kerajaan ke atas syarikat berkenaan.

"Jika perkara itu telah berlaku, apa status kewangan tersebut di dalam syarikat itu merujuk kepada progres pelaksanaan projek itu," katanya.

Beliau berkata, nilai projek tersebut harus disiasat sama ada ia diluluskan mengikut dasar.

"Ataupun nilai tersebut telah di mark up," katanya ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Semalam, Dewan Rakyat gamat apabila Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membuat pendedahan tersebut selepas menjawab pertanyaan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) mengenai jumlah tender secara rundingan terus yang diluluskan ketika PH mentadbir.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!