X

Kindly register in order to view this article
!

7 aktiviti luar paling best di Melaka, wajib singgah!

Skytrex Adventure (Ayer Keroh)
A
A

MELAKA - Siapa tak kenal Melaka... Negeri yang kaya tinggalan sejarah, budaya yang pelbagai dan tentu sekali populariti makanannya iaitu asam pedas!

Jangan lepaskan peluang untuk jalan-jalan dan pusing keliling Melaka. Setiap lorong jalannya penuh makna.

Selain mural yang menghiasi dinding bangunan, mata akan dijamu dengan keunikan seni yang amat tinggi, pengaruh yang dibawa dari pelbagai etnik dan budaya.

Kebaya nyonya, produk kayu jati, barangan tembikar dan banyak lagi boleh dilihat di kiri kanan jalan.

Kemudian dimeriahkan pula dengan beca berhias bersimpang-siur membawa penumpang.

Paling menarik, gerai atau restoran asam pedas berada di mana-mana. Pelancongan domestik sudah pun dibuka.

Ayuh, datanglah ke Melaka. Anda tak perlu ragu-ragu, Melaka selamat dikunjungi, harga dan apa juga pakej yang ditawarkan sangat berbaloi. Anda berpeluang terokai bandaraya bersejarah ini sepuas-puasnya.

Jangan lupa jaga jarak, guna hand sanitizer dan pakai pelitup muka! Muat turun applikasi ‘Melaka eXcess’ dan dapatkan kredit percuma RM10 di Google Store & Apple Store.

Melaka juga lokasi terbaik untuk mereka yang suka cabaran dan keseronokan aktiviti luar. Tujuh lokasi tumpuan ini yang patut anda cuba sepanjang percutian.

1. Skytrex Adventure (Ayer Keroh) – www.skytrex-adventure.com

Pusing keliling Melaka. Nak hirup udara segar dalam suasana lasak dan mencabar, jom ke Skytrex Adventure. Rasai keseronokan berjalan dari pokok ke pokok dengan siri halangan yang digantung pada ketinggian 3-22 meter udara.

Hanya 5 minit perjalanan dari tol Lebuh Raya Plus.

Melaka on Bike
Melaka on Bike

2. Melaka on Bike – www.melakaonbike.com

Aktiviti berbasikal memang menyeronokkan. Teroka keindahan Melaka selama tiga jam untuk perjalanan kira-kira 20 kilometer dari bandar.

Luangkan masa untuk menikmati pemandangan, berinteraksi dengan penduduk setempat dan kenali negeri bersejarah ini secara peribadi.

Menyusuri Sungai Paya Lebar dengan Paya Lebar Cruise
Menyusuri Sungai Paya Lebar dengan Paya Lebar Cruise

3. Menyusuri Sungai Paya Lebar dengan Paya Lebar Cruise

Nak rasai cabaran secara semula jadi, susuri Paya Lebar Cruise. Banyak aktiviti menarik boleh anda sertai, antaranya:

- Melihat keindahan hutan paya bakau berusia ratusan tahun.

- Lihat sendiri pembuatan kayu arang berusia 100 tahun di Sabak Arang.

- Cabaran mencari lokan dan nikmati lokan bakar segar di Taman Lokan.

- Peluang melihat haiwan liar di habitat semula jadinya.

- Menyaksikan kerlipan kunang-kunang berirama pada waktu malam.

Pusat Penetasan Penyu
Pusat Penetasan Penyu

4. Pusat Penetasan Penyu

Penyu tercantik di dunia ada di Melaka! Spesies yang paling banyak mendarat dan bertelur ialah penyu Karah. Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Padang Kemunting, Masjid Tanah.

Taman Eko-Rimba
Taman Eko-Rimba

5. Taman Eko-Rimba

Taman Eko-Rimba Bukit Batu Lebah menyajikan percutian berasaskan keindahan alam semula jadi dan juga cabaran kepada penggemar aktiviti mendaki bukit serta meneroka lebih daripada 10 gua yang terletak di Kampung Bukit Senggeh Selandar Melaka.

Pengunjung juga boleh melakukan aktiviti “nocturnal walk” iaitu berjalan pada waktu malam sambil mendekati habitat hidupan liar. Pilih sama ada menginap di khemah, dangau atau calet, harga ditawarkan amat berpatutan.

Kunjungi Facebook Taman Eko-Rimba Bukit Batu Lebah untuk maklumat lanjut.

Maldives Of Melaka
Maldives Of Melaka

6. Maldives Of Melaka

Kepada yang suka bergambar, Sungai Kesang adalah lokasi paling sesuai untuk dijadikan album peribadi. Airnya jernih bak kristal, keindahannya memukau pasti membuatkan kita terpegun. Jom ke Sungai Kesang, Sungai Rambai untuk melihat kejernihan airnya sambil menikmati pemandangan mengasyikkan. Lokasi percutian terbaik jika anda ke Melaka!

Flyboard Melaka
Flyboard Melaka

7. Flyboard Melaka

Jom cuba bot elektrik di Tasik Ayer Keroh. Boleh disewa untuk empat orang selama 30 minit atau 1 jam. Waktu operasi setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 7 petang. Hubungi Flyboard Melaka di 019-7444818 untuk maklumat lanjut.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!