Pemuda UMNO Kelantan sokong Guan Eng disiasat

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
A
A
A

KOTA BHARU - Pemuda UMNO Kelantan menyokong gesaan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuka siasatan baharu terhadap skandal runding terus didakwa membabitkan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, pihaknya terkejut dengan pendedahan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen semalam bahawa Guan Eng telah meluluskan tender terhad berjumlah RM6.6 bilion kepada kontraktor pilihannya.

Menurutnya, bukti-bukti kukuh perlu diserahkan segera kepada peguam negara untuk mendakwa Guan Eng di muka pengadilan.

“Ini tentunya akan memberi pengajaran kepada pemimpin politik yang lain agar tidak mempermainkan janji kepada rakyat, apatah lagi ianya melibatkan dolar dan sen yang merugikan negara,” katanya.

Pada sidang Dewan Rakyat semalam Tengku Zafrul mendedahkan, berdasarkan rekod yang diperolehnya sebanyak 101 projek membabitkan nilai RM6.61 bilion dibuat secara rundingan terus ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara.

ARTIKEL BERKAITAN SPRM didesak siasat, dedah butiran projek

Menurutnya, projek tersebut diluluskan secara rundingan terus oleh Kementerian Kewangan.

Beliau berkata demikian ketika penggulungan Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) mengenai jumlah tender secara rundingan terus yang diluluskan ketika PH mentadbir.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Noor Hariri juga menyifatkan pendedahan itu didakwa satu lagi penipuan Guan Eng yang selama ini mendakwa PH mengamalkan 'tender terbuka' sebagaimana janji manifesto PH.

Noor Hariri juga kesal apabila Guan Eng didakwa sengaja menyembunyikan perkara terbabit apabila tidak membentangkan kepada Kabinet pemberian terus 101 projek kepada kroni-kroni PH-DAP.