Dua tekong dalang seludup PATI ditahan

Sebuah bot nelayan pukat tunda kelas BI yang dirampas dalam operasi berkenaan.
Sebuah bot nelayan pukat tunda kelas BI yang dirampas dalam operasi berkenaan.
A
A
A

SABAK BERNAM - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4 Semenyih menahan dua orang tekong warga Indonesia dalam Op Benteng Covid-19 Di sebuah jeti di Pantai Redang, Sekinchan kelmarin.

Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Zulafendy Hassan berkata, suspek berusia 27 dan 39 tahun itu dipercayai melakukan aktiviti penyeludupan migran keluar dari negara ini melalui jalan tidak diwartakan.

Menurutnya, dalam operasi itu juga, pihaknya turut menahan dua orang lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia berusia 23 dan 25 tahun.

"Turut dirampas, sebuah bot nelayan pukat tunda kelas BI bersama enjin dan peralatan menangkap ikan termasuk empat telefon bimbit pelbagai jenama serta wang tunai berjumlah RM129.

"Anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM601, 979," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Zulafendy berkata, tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Balai Polis Sekinchan untuk tindakan lanjut.

"Kes itu disiasat mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1963," katanya.

Artikel Berkaitan: