40 jam padam kebakaran kilang ayam

Anggota bomba sedang memadam kebakaran sebuah kilang memproses ayam di Serkam yang terbakar Sabtu lalu.
Anggota bomba sedang memadam kebakaran sebuah kilang memproses ayam di Serkam yang terbakar Sabtu lalu.
A
A
A

JASIN - Pasukan Bomba dan Penyelamat negeri mengambil masa lebih 40 jam untuk mengawal dan memadam kebakaran sebuah kilang memproses ayam di Serkam, di sini.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat negeri berkata, kejadian pada jam 4.32 pagi Sabtu lalu tamat kira-kira jam 9.36 malam tadi.

Menurutnya, operasi itu membabitkan 20 anggota serta pegawai dari tiga Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) iaitu BBP Merlimau, BBP Padang Temu dan BBP Jasin dikejarkan ke lokasi bersama-sama buah tiga jentera.

Kebakaran kilang berjaya dikawal dan operasi berjaya ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.36 malam tadi.
Kebakaran kilang berjaya dikawal dan operasi berjaya ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.36 malam tadi.

"Maklumat yang diterima melibatkan kebakaran kilang dan anggaran keluasan kebakaran daripada 30 peratus merebak kepada 40 peratus selain kerja-kerja pemadaman dilakukan di kawasan penyimpanan sejuk beku kilang terbabit.

"Pemadaman turut diteruskan di bahagian atas bangunan selepas kebakaran berjaya dikawal dan operasi berjaya ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.36 malam," katanya.

Tambahnya, dalam operasi itu tiga anggota turut melakukan kerja-kerja pemindahan gas amonia di dalam paip.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Artikel Berkaitan: