X

Kindly register in order to view this article
!

Lemas ketika menjala ikan

Pasukan perubatan memberikan rawatan awal kepada mangsa.
A
A

BUTTERWORTH - Seorang lelaki ditemukan lemas ketika menjala ikan di kawasan Pantai Bersih di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 3.10 petang itu, Tang Kok He, 69 dikatakan terjatuh ke dalam laut.

Difahamkan kejadian itu disedari seorang lelaki yang kemudiannya bertindak menyelamatkan mangsa namun warga emas terbabit ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian memberikan rawatan awal namun mangsa kelihatan tidak bermaya.

Menurutnya, mangsa terus dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya bagi mendapatkan rawatan lanjut.

"Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di hospital.

"Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke unit forensik hospital sama untuk bedah siasat," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!