Nelayan sedia bayar RM4.19 juta dan dipenjara setahun

Gambar fail menunjukkan beberapa buah bot menangkap ikan di Pelabuhan Belanda, Alaska. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan beberapa buah bot menangkap ikan di Pelabuhan Belanda, Alaska. - Foto AFP
A
A
A

ANCHORAGE - Mengaku melakukan kesalahan di sisi undang-undang adalah satu perbuatan yang menginsafkan selain boleh dijadikan sebagai pengajaran berguna bagi segenap lapisan masyarakat.

Justeru, seorang nelayan komersial di Alaska, Amerika Syarikat (AS) bersedia membayar denda sebanyak AS$1 juta (RM4.19 juta) dan dipenjarakan selama setahun dalam satu perjanjian rayuan terhadap satu tuduhan yang dikenakan ke atasnya oleh pihak kerajaan Persekutuan.

Sebelum ini, nelayan yang berusia 46 tahun dari Kodiak itu dituduh menipu tempat dua buah kapal yang dikendalikannya menangkap ikan halibut dan ikan cod hitam atau juga dikenali sebagai sablefish.

Menurut pertuduhan daripada pihak pendakwaan persekutuan, nelayan itu, James Aaron Stevens mengemukakan maklumat palsu dari tahun 2014 hingga 2017.

Ketika itu, dia dikatakan berjaya menangkap ikan lebih 409,593.91 kilogram (kg) dengan nilai ketika dibawa ke pelabuhan adalah lebih AS$4.5 juta (RM18.79 juta), kata pertuduhan tersebut.

Tangkapan itu juga bernilai lebih AS$13.5 juta (RM juta) di pasaran, tambah pertuduhan berkenaan pada pada Jumaat lalu.

Menurut portal berita Anchorage Daily News pada Ahad lalu, para pendakwa Persekutuan menuduh dia menyediakan maklumat palsu dalam buku log kapal untuk Suruhanjaya Halibut Pasifik Antarabangsa, laporan untuk kuota perikanan dan dokumen untuk Jabatan Perikanan Alaska.

Rayuannya dijadualkan didengar pada 21 September ini, kata jurucakao untuk Jabatan Peguam Negara AS di Anchorage.

Artikel Berkaitan:

Dia dituduh mengendalikan kapal nelayan yang menjadi miliknya, Alaskan Star dan Southern Seas semasa memberi maklumat palsu itu.

Stevens juga boleh dikenakan hukuman penjara maksimum selama lima tahun.

Dia juga boleh didenda tidak lebih dua kali ganda daripada hasil pendapatannya dan beradadalam pengawasan selama tiga tahun. - habis