X

Kindly register in order to view this article
!

Polis Petaling Jaya tahan pengedar dadah

Kenderaan yang dinaiki suspek telah dirampas untuk tindakan lanjut.
A
A

PETALING JAYA - Polis memberkas seorang pengedar dan merampas dadah bernilai kira-kira RM100,000 dalam operasi di tepi Jalan SS22/34, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, suspek yang menaiki kereta itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya kira-kira jam 4.30 petang.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut menemui dua plastik disyaki mengandungi dadah ketamin dan syabu seberat 2 kilogram (kg).

"Semakan lanjut juga mendapati suspek mempunyai dua rekod kes lampau bersabit kes jenayah dan tiga kes dadah.

"Siasatan awal polis mendapati suspek dipercayai memperoleh bekalan dadah daripada seorang lelaki di Segambut, Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek direman tujuh hari untuk siasatan lanjut bagi mengenal pasti penglibatannya dalam kegiatan pengedaran dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Polis merampas dadah kira-kira 2 kilogram susulan tertangkapnya seorang lelaki di Petaling Jaya, Selangor.
Polis merampas dadah kira-kira 2 kilogram susulan tertangkapnya seorang lelaki di Petaling Jaya, Selangor.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!