X

Kindly register in order to view this article
!

Sorok arak, rokok seludup belakang premis

Baharudin (dua, kiri) menunjukkan antara rampasan polis sepanjang operasi di sekitar Shah Alam, baru-baru ini.
A
A

SHAH ALAM - Taktik peniaga arak dan rokok haram yang hanya beroperasi melalui belakang premis terbongkar selepas serbuan berasingan dilakukan di daerah ini sejak 12 Ogos sehingga Jumaat lalu.

Serbuan berkenaan turut membabitkan rampasan 4,335 kotak rokok seludup, 2,929 tin minuman keras serta 1,247 botol minuman keras yang kesemuanya dianggar bernilai RM90,100.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, sepanjang operasi yang diketuai Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam itu, sebanyak 37 serbuan dilaksanakan dengan mensasarkan premis perjudian, pendatang asing tanpa izin (PATI), premis serta gerai haram.

Menurutnya, melalui operasi itu juga seramai 71 individu termasuk 68 warga asing berusia lingkungan 17 hingga 45 tahun ditahan.

"Siasatan mendapati terdapat warga asing yang ditahan terlibat dalam kesalahan imigresen selain dikesan sebagai pengusaha premis haram," katanya pada sidang akhbar di IPD Shah Alamhari ini.

Beliau berkata, semakan mendapati, warga asing terbabit terdiri daripada 32 warga Indonesia, Bangladesh (15), India (16), Pakistan (2), Sri Lanka (2) dan seorang Myanmar.

Katanya, mengikut pecahan, seramai 54 suspek ditahan atas kesalahan Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam dan Seksyen 76 Akta Eksais 1976 manakala 17 lagi ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959, Kanun Keseksaan, Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Akta SPRM 2009.

"Selain itu, beberapa sekatan jalan raya turut dilaksanakan sepanjang operasi dengan melakukan pemeriksaan ke atas 1,664 kenderaan dan 53 saman dikeluarkan," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!