Terapkan sikap jujur, ikhlas dalam mendidik generasi depan: Abu Bakar

Abu Bakar Yahya menyampaikan penyampaian sijil kepada salah seorang daripada 185 pelajar dalam Program Anugerah Kecemerlangan UPSR 2018 Mukim Beranang di SK Kampung Rinching, Semenyih pagi ini.
Abu Bakar Yahya menyampaikan penyampaian sijil kepada salah seorang daripada 185 pelajar dalam Program Anugerah Kecemerlangan UPSR 2018 Mukim Beranang di SK Kampung Rinching, Semenyih pagi ini.
A
A
A

SEMENYIH - Golongan pendidik diharapkan dapat menerapkan sikap ikhlas serta jujur dalam mendidik generasi pada masa depan.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya berkata, penerapan sikap sedemikian amat penting kerana ia mampu mempengaruhi sikap masyarakat sekaligus menghindari unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kestabilan negara.

"Kita mahukan negara ini maju termasuklah semua rakyatnya. Namun maju itu bukan sekadar pembangunan semata-mata, tetapi maju dari sudut sikap dan jati diri.

"Kita tidak akan pergi jauh jika adanya sikap buruk seperti hasad dengki, fitnah-memfitnah. Sikap inilah yang menyebabkan bangsa kita ketinggalan dalam pendidikan, ekonomi dan pentadbiran.

"Sebab itulah sikap murni seperti jujur, ikhlas, rajin berusaha ini harus ditekankan oleh ibu bapa serta para pendidik kepada anak-anak dan pelajar dari awal," katanya.

Abu Bakar Yahya meninjau tapak Surau Al-Falah Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma.
Abu Bakar Yahya meninjau tapak Surau Al-Falah Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma.

Abu Bakar berkata demikian selepas majlis penyampaian sijil kepada 185 pelajar dalam Program Anugerah Kecemerlangan UPSR 2018 Mukim Beranang di SK Kampung Rinching, Semenyih pagi tadi.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kampung Rinching, Abdul Rahman Mokhtar.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan lain, Abu Bakar turut meninjau keadaan masyarakat Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma, di sini yang memerlukan pembinaan sebuah surau baharu.

Malah, beliau turut menyerahkan sumbangan kepada Pengerusi Surau Al-Falah, Saharuddin Osman yang diharapkan menampung operasi harian surau itu yang ketika ini terletak di tingkat bawah pangsapuri berkenaan sejak 16 tahun lalu.

"Sudah lama penduduk di kawasan ini tidak mempunyai sebuah surau yang lengkap. Sebelum ini, kami ada masalah tanah waqaf, tetapi kali ini masalah itu telah selesai.

"Cumanya kami memerlukan bantuan kewangan untuk membina surau baharu untuk menempatkan kira-kira 500 jemaah," ujarnya.