Kebun pisang diserang gajah liar

Wan Nordin terpaksa menanggung kerugian selepas kebun pisang miliknya musnah akibat serangan gajah liar
Wan Nordin terpaksa menanggung kerugian selepas kebun pisang miliknya musnah akibat serangan gajah liar
A
A
A

JERANTUT - Seorang pemilik kebun pisang di Kampung Labu Tembeling Tengah di sini berputih mata selepas hasil tanamannya musnah akibat serangan gajah liar.

Wan Nordin Wan Mustapha, 86, berkata, dia hanya menyedari kejadian itu selepas memasuki kebun miliknya bersama anak saudaranya, Engku Khairul Azuan Engku Saedin, 37, pada Sabtu lalu.

Ujar Engku Khairul, mereka ke kebun berkenaan untuk meninjau hasil durian berhampiran kebun pisang tersebut.

"Bagaimanapun kami terkejut apabila mendapati hampir 300 batang pokok pisang musnah di kebun seluas kira-kira 1.2 hektar. Kami percaya hampir 10 ekor gajah liar berada di kebun itu," ujarnya yang terus membuat laporan polis di balai polis Kuala Tembeling.

Sementara itu, Ketua Kampung Labu Tembeling, Hamdan Ismail memberitahu, haiwan liar tersebut dipercayai datang dari Pulau Tawar kerana kejadian itu kali pertama berlaku di kawasan berkenaan.

"Kehadiran gajah liar ini sebenarnya sudah dikesan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi cuma baru Sabtu lalu menyerang kebun milik penduduk kampung.

Kesan serangan oleh gajah liar terbabit
Kesan serangan oleh gajah liar terbabit

"Mengikut Perhilitan, sebanyak 24 ekor gajah liar dari kumpulan sama yang pernah menyerang kampung berhampiran sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

"Aduan sudah dibuat dan kami perlu berjaga-jaga untuk mengelakkan serangan sama," katanya.

Menurutnya kampung berkenaan dihuni lebih 500 penduduk.