Kelantan United perlu positif untuk hadapi JDT II

Kelantan United FC (KUFC) perlu bersikap positif menjelang baki aksi Liga Premier menentang Johor Darul Ta' zim II (JDT II) di Stadium Larkin, Johor pada Sabtu ini.
Kelantan United FC (KUFC) perlu bersikap positif menjelang baki aksi Liga Premier menentang Johor Darul Ta' zim II (JDT II) di Stadium Larkin, Johor pada Sabtu ini.
A
A
A

Kelantan United FC (KUFC) perlu bersikap positif menjelang baki aksi Liga Premier menentang Johor Darul Ta' zim II (JDT II) di Stadium Larkin, Johor pada Sabtu ini.

Presidennya Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, beliau mengakui pasukannya serta pasukan lain berdepan banyak masalah dalam tempoh pandemik Covid-19 yang melanda dunia namun faktor itu tidak boleh dijadikan alasan semata-mata untuk menghasilkan keputusan yang baik dalam setiap perlawanan yang ditempuhi mereka.

"Saya faham hampir empat bulan pasukan tidak menjalani latihan, namun pemain perlu mempunyai semangat positif bagi mencapai sasaran yang telah dirancang sebelum ini.

Pemain, jurulatih, pegawai dan kepimpinan tertinggi perlu sentiasa memberi kata semangat sesama kita agar segala masalah dapat diatasi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Anak buah Zahasmi Ismail ketika ini berada di kedudukan kedua carta Liga Premier dengan memperoleh sembilan mata selepas empat perlawanan hasil daripada tiga kemenangan dan satu kekalahan.

Che Abdullah berkata, jika pasukan ini mencapai keputusan positif pada perlawanan itu nanti, secara tidak langsung akan menaikkan nama pemain serta pegawai pasukan sendiri.

"Kelab bawahan, tampil cemerlang dan mencipta kemenangan...cuba bayangkan!", katanya.

Artikel Berkaitan: