Kenyataan Azmin fitnah, kata Guan Eng

Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng (tengah) ketika sidang media pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. Turut sama Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (dua, kanan). Foto: Bernama
Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng (tengah) ketika sidang media pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. Turut sama Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (dua, kanan). Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menafikan kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin bahawa beliau enggan mengeluarkan peruntukan tambahan bagi menangani Covid-19 semasa pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, Mohamed Azmin semasa ceramah di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim semalam mendakwa lebih banyak nyawa akan melayang akibat Covid-19 sekiranya PH masih memerintah negara kerana Menteri Kewangan ketika itu enggan mengeluarkan peruntukan tambahan.

Beliau menegaskan, kenyataan Mohamed Azmin itu adalah satu fitnah dan pembohongan.

"Kerajaan dah maklum Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan menteri pada masa itu juga boleh sahkan bahawa kerajaan akan berikan segala sumber yang perlu untuk pastikan petugas barisan hadapan kita jalankan tugas mereka sebaik mungkin.

"(Tapi) Beliau (Mohamed Azmin) sebut masa PH memerintah, saya sebagai Menteri Kewangan tidak beri wang yang cukup untuk tangani Covid-19," katanya pada sidang akhbar di Parlimen di sini hari ini.

Katanya, tuduhan liar berkenaan secara jelas bermotifkan politik.

Artikel Berkaitan: