Lebih setengah juta wang awam hilang dari KPWKM

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
A
A
A

PUTRAJAYA - Laporan Ketua Audit Negara (KAN) Tahun 2019 Siri 1 mendedahkan sebanyak RM543,088 wang awam didapati hilang dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid dalam laporan pematuhan terhadap prosedur kehilangan wang awam dan aset alih berkata, daripada jumlah itu, RM342,490 wang peruntukan dilaporkan hilang di Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah Kuala Lumpur.

"KAN mendapati tiada tindakan dikenakan terhadap seorang pegawai yang disyaki," katanya.

Menurutnya, RM107,370 wang Bantuan Orang Tua dan Bantuan AM 2019 didapati hilang dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.

"Tempoh masa sehingga 205 hari telah diambil bagi menyerahkan laporan akhir kepada Perbendaharaan berbanding 66 hari yang ditetapkan," katanya.

Beliau berkata, JAN mengesan RM14,977 Wang Geran yang hilang dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Alor Gajah, Melaka pada 2018 telah memakan masa sehingga 646 hari bagi menyiapkan dan menghantar laporan akhir kepada Perbendaharaan.

"Selain itu RM11,676 wang saku didapati hilang dari sekolah Tunas Bakti, Sungai Besi, Kuala Lumpur melibat dua pegawai yang disyaki," katanya.

Nik Azman berkata, kedua-dua pegawai tersebut tidak lagi dibenarkan menunaikan wang saku di bank dan mereka mengambil masa sehingga 76 hari untuk menghantar laporan mengenai kehilangan itu kepada Perbendaharaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mengikut Juruaudit Akaun Awam AP315(a) Ketua Jabatan atau pegawai yang bertanggungjawab ke atas kehilangan perlu membuat laporan kepada polis dalam tempoh 24 jam dari masa kehilangan diketahui.

Pengauditan telah dilaksanakan di Ibu Pejabat KPWKM terhadap prosedur kehilangan wang awam setakat 31 Januari 2020 yang melibatkan Bahagian Kewangan dan Bahagian Khidmat Pengurusan.