Dua lelaki berdepan hukuman gantung

Dua lelaki berdepan hukuman gantung sampai mati apabila didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat kasar 59.84 gram di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.
Dua lelaki berdepan hukuman gantung sampai mati apabila didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat kasar 59.84 gram di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Dua lelaki berdepan hukuman gantung sampai mati apabila didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat kasar 59.84 gram di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

Tertuduh, Mohd Hanzalah Alias, 31, dan Muhammad Mat Tridin, 22, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nordiana Abd Aziz.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama mengedar dadah berbahaya disyaki jenis methamphetamine dengan anggaran berat kasar 59.84 gram di sebuah rumah di Gong Badak, Kuala Nerus kira-kira jam 12 tengah hari pada 12 Ogos lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dikenakan hukuman mati, mereka berdepan hukuman tidak kurang daripada 15 sebatan.

Selain itu, dua tertuduh itu didakwa memiliki dadah berbahaya jenis methamphetamine yang dianggarkan seberat 46.58 gram di lokasi, waktu dan tarikh sama.

Bagi kesalahan itu, mereka yang didakwa mengikut Seksyen 12 (2) ADB 1952 berdepan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, mereka juga didakwa atas pertuduhan memiliki dadah jenis methamphemine yang dianggarkan seberat 4.44 gram.

Artikel Berkaitan:

Bagi kesalahan itu, mereka yang berdepan hukuman mengikut Seksyen 12 (3) ADB 1952 boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan dan tiada sebarang jaminan ditawarkan.

Majistret Nordiana kemudiannya menetapkan 8 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia manakala Hakim Jamaludin Mat pula menetapkan 23 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan kes dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Lee Ka Full dan Yuhanis Mohd Roslan manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.