X

Kindly register in order to view this article
!

Kes pecah amanah kakak usahawan fesyen 17 November depan

Perbicaraan kes kakak kepada usahawan fesyen terkenal yang dituduh melakukan pecah amanah wang milik sebuah syarikat sebanyak RM200,000, di Mahkamah Sesyen hari ini ditetapkan pada 17 dan 18 November depan.
A
A

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes kakak kepada usahawan fesyen terkenal yang dituduh melakukan pecah amanah wang milik sebuah syarikat sebanyak RM200,000, di Mahkamah Sesyen di sini hari ini ditetapkan pada 17 dan 18 November depan.

Peguam, Mohd Faizal Mohd Aris yang mewakili Intan Safina Yusof bersama Timbalan Pendakwa Raya, Noorhani Muhmmed Ayub memaklumkan kepada Hakim Datin Sabariah Othman bahawa kedua-dua pihak bersetuju menetapkan tarikh bicara bagi kes berkenaan.

Ketika prosiding sebutan semula kes, Mohd Faizal berkata, beliau baru sahaja dilantik untuk mewakili tertuduh, Jumaat lalu dan masih meneliti semua dokumen yang diserahkan.

Terdahulu, dalam prosiding berkenaan, Noorhani memaklumkan sudah menyerahkan semua dokumen yang diperlukan oleh pihak pembelaan.

Katanya, seramai enam saksi pendakwaan akan dipanggil untuk memberi keterangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak usahawan fesyen terkenal didakwa pecah amanah RM200,000

Pada 23 Julai lalu, Intan Safina Yusof, 40, sebagai salah seorang Pengarah Syarikat Arena Abadi Sdn Bhd yang diamanahkan dengan wang RM200,000 didakwa memindahkan wang itu dalam ke akaun Public Bank miliknya.

Dia didakwa menggunakan wang tersebut bagi kegunaan diri sendiri dan melanggar arahan undang-undang yang menetapkan cara bagaimana amanah itu disempurnakan.

Kesalahan didakwa dilakukan di Jalan Tun Sambathan 3, Brickfields di sini pada 25 Januari hingga 28 Februari 2019 yang disabitkan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, memperuntukkan penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noorhani Muhmmed Ayub.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!