Pasaraya Asssef jual produk Muslim, bumiputera

Dr Yusnan (tengah) memotong riben perasmian pembukaan di sini kelmarin.
Dr Yusnan (tengah) memotong riben perasmian pembukaan di sini kelmarin.
A
A
A

PEMBUKAAN Pasaraya Asssef di Simpang Empat Melor, Kota Bharu dilihat berupaya memenuhi keperluan pengguna setempat selain turut menawarkan pelbagai jenis jualan khususnya pembekal Muslim dan bumiputera.

Penyelaras Urusan Pasar raya dan Pembekal, Mohd Zaihan Pauzi berkata, sempena pembukaan pasar raya tersebut, pihaknya menjanjikan harga berpatutan dan menawarkan promosi dengan diskaun terhadap kesemua barangan sehingga Khamis ini.

“Insya-ALLAH, ada udang galah dan ketam berharga RM1 menanti anda semua. Datang beramai-ramai untuk lihat apa kami sediakan. Apa yang penting, harga murah dan memenuhi keperluan pembeli.

“Nak beli biasa pun boleh, nak borong pun boleh,” katanya selepas majlis perasmian pembukaan Pasaraya Asssef yang disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Melor, Dr Md Yusnan Yusof kelmarin.

Mengulas lanjut katanya, kewujudan pasar raya tersebut secara tidak langsung mampu memberi manfaat kepada penduduk sekitar khususnya dalam mengurangkan jarak perjalanan dan menjimatkan masa.

Dr Yusnan (dua dari kanan) melihat barangan yang disediakan di pasar raya tersebut.
Dr Yusnan (dua dari kanan) melihat barangan yang disediakan di pasar raya tersebut.

“Jika sebelum ini penduduk mengambil masa lama untuk ke pasar, paling dekat pun 10 minit dari sini jika tiada kesesakan tetapi kini pasar raya ini antara kemudahan untuk mereka,” katanya.

Menurutnya, dengan ruang parkir luas dan lokasi strategik, ia juga memudahkan pelanggan membeli di pasar raya berkenaan yang menyediakan pelbagai barangan termasuk rempah-ratus, makanan sejuk beku, kering, makanan basah seperti ikan, ayam, udang dan ketam yang dibawa terus daripada pembekal.

Artikel Berkaitan:

“Kami juga mementingkan kualiti dan sentiasa memastikan produk di pasar raya ini mengikut keperluan pengguna masa kini,” katanya.

Mohd Zaihan berkata, pasar raya tersebut yang mempunyai lebih 10 pekerja akan dibuka tujuh hari seminggu bermula jam 8 hingga 10 malam.