X

Kindly register in order to view this article
!

Mohd Sharim angkat sumpah ADUN Chini

Mohd Shahrim mengangkat sumpah jawatan itu pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang ke-14 di Wisma Sri Pahang hari ini.
A
A

KUANTAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Mohd Sharim Md Zain mengangkat sumpah jawatan itu pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang ke-14 di Wisma Sri Pahang hari ini.

Mohd Shahrim, 41, mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dun Pahang, Datuk Seri Ishak Muhammad di Wisma Sri Pahang, sewaktu permulaan prosiding dan menandatangani surat sumpah jawatan itu.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini 4 Julai lalu, Mohd Sharim menang dengan majoriti 12,650 selepas memperoleh 13,872 undi.

Pencabarnya dua calon Bebas iaitu Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, meraih 1,222 undi dan Mohd Shukri Mohd Ramli, 49, mendapat 137 undi, sekali gus hilang deposit masing-masing.

PRK Chini diadakan susulan kematian Allahyarham, Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat serangan jantung selepas terjatuh dan mengalami sesak nafas, 7 Mei lalu.

Mohd Sharim berkata, beliau akan menjalankan tugas dan amanah yang diberikan dengan sebaiknya kepada masyarakat di Chini.

Sementara itu, Ishak berharap Mohd Sharim dapat berkhidmat dengan jujur dan cemerlang.

"Terus berkhidmat kepada warga di Chini dengan sebaiknya," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!