Syed Saddiq tubuh parti baharu

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman mengesahkan beliau tidak akan menyertai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) ditubuhkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Syed Saddiq yang sebelum ini menyokong Dr Mahathir itu sebaliknya mengesahkan beliau akan menubuhkan sebuah parti politik baharu berbilang kaum dengan memberi fokus kepada golongan anak muda.

“Jika di Thailand mereka boleh menubuhkan Future Forward, di Perancis mereka boleh menubuhkan En Marche di bawah Macron, saya rasa sudah sampai masanya di Malaysia untuk menubuhkan gerakan terdiri daripada orang muda.

“Daripada teknokrat, profesional, ahli politik muda pelbagai latar belakang untuk bersatu bagi memastikan suara belia mendominasi Parlimen dan di luar Parlimen, akhirnya belia tidak boleh dipandang enteng lagi.

“Sudah sampai masanya untuk politik tidak dikawal dan dimonopoli orang sama,” kata Syed Saddiq kepada Channel NewsAsia ketika berkempen untuk calon Pejuang bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim.

Semalam, bekas Menteri Belia dan Sukan itu menyertai konvoi motosikal bagi berkempen menyokong calon bebas yang disokong Pejuang pada PRK Slim, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.

Artikel Berkaitan: