Mydin sokong Kempen Beli Barangan Malaysia

Alexander bersama Ameer bergambar bersama pemenang Peraduan Beli & Menang OHMYDIN! Buy & Win MYDIN@Shopee selepas melawat Pasaraya Mydin ketika program Kempen Beli Barangan Malaysia kelmarin.- Foto:ROSLI TALIB

A
A
A

PANDEMIK koronavirus (Covid-19) dilihat memberi impak besar kepada sektor peruncitan negara apabila ia merosot hampir 13 peratus melibatkan RM4.16 bilion sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Susulan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil langkah proaktif bagi merancakkan semula sektor itu agar kembali berdaya saing dan mampu mengekalkan sumbangan besar kepada ekonomi negara dengan menggerakkan inisiatif Kempen Beli Barangan Malaysia.

Malah, menerusi inisiatif itu ia dilihat mendapat sambutan positif khususnya daripada pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) untuk memasarkan produk dan menjana semula pendapatan mereka.

Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) merupakan rangkaian pasar raya besar yang dilihat memberi sokongan padu terhadap Kempen Beli Barangan Malaysia malah turut memberi ruang khas untuk IKS memasarkan dan mempamerkan produk mereka.

Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, barangan IKS sebenarnya sudah bertapak lebih 15 tahun di 68 cawangan Mydin seluruh negara.

Alexander (dua dari kanan) bersama Ameer (dua dari kiri) menyampaikan replika baucar tunai sagu hati kepada pemenang Peraduan Beli & Menang OHMYDIN! Buy & Win MYDIN@Shopee selepas melawat Pasaraya Mydin pada majlis Kempen Beli Barangan Malaysia kelmarin.- Foto:ROSLI TALIB

Beliau berkata, barangan IKS itu diletakkan pihaknya di rak dan ruang hadapan supaya mudah untuk pelanggan melihat dan membeli.

“Kita bukan saja letak barangan mereka di rak depan tapi letakkan sekali promoter untuk promosi dan bagi pelanggan rasa produk tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Kita mahu pelanggan yakin produk IKS ini bukan sahaja kualiti baik tapi ada rasa lokal,” katanya selepas lawatan Menteri KPDNHEP, Datuk Alexander Nanta Linggi ke Pasaraya Mydin sempena Kempen Beli Barangan Malaysia di Subang Jaya kelmarin.

Tambahnya, untuk kempen kali ini terdapat lebih 70 pengusaha IKS diberikan peluang untuk mempamerkan produk-produk mereka di semua cawangan Mydin seluruh negara.

Rashidah bersama replika hadiah utama berupa sebuah Perodua Myvi yang dimenanginya menerusi Peraduan Beli & Menang OHMYDIN! Buy & Win MYDIN@Shopee. - Foto:ROSLI TALIB
Rashidah bersama replika hadiah utama berupa sebuah Perodua Myvi yang dimenanginya menerusi Peraduan Beli & Menang OHMYDIN! Buy & Win MYDIN@Shopee. - Foto:ROSLI TALIB

Sementara itu, Alexander turut memuji inisiatif yang dibuat Mydin menerusi kempen tersebut.

“Kita lihat banyak tempat dan ruang seperti di rak-rak utama diberi kepada pengusaha tempatan dan itu sangat membanggakan.

“Kita sangat mengalu-alukan usaha seperti ini sebab ia membantu pengusaha-pengusaha tempatan IKS tersebut,” katanya.

Tambahnya, beliau juga dimaklumkan bahawa ramai pengusaha IKS yang berjaya memasarkan produk sehingga ke luar negara kerana mereka telah dibantu sejak di peringkat awal lagi.

Dalam pada itu, Mydin turut menyampaikan hadiah kepada seramai 16 pelanggan bertuah yang menyertai Peraduan Beli & Menang OHMYDIN! Buy & Win MYDIN@Shopee dengan membeli e-baucar Mydin melalui Shopee bermula 10 hingga 20 Ogos lalu.

Penerima hadiah utama berupa kereta Perodua Myvi bernilai RM50,000 menjadi milik seorang kakitangan kerajaan, Rashidah Abdul Rashid, 35, manakala 15 pelanggan bertuah lain memenangi baucar tunai Mydin bernilai RM3,000 untuk berbelanja di Mydin. #BARANGBAIKBARANGKITA