Sediakan hentian rehat dan rawat di Lebuh Raya CSR

Mustapa ketika meninjau laluan di Lebuh Raya CSR baru-baru ini.
Mustapa ketika meninjau laluan di Lebuh Raya CSR baru-baru ini.
A
A
A

[LAPORAN KHAS] LIPIS - Pembinaan Lebuh Raya CSR terutamanya di daerah Lipis memberi satu rahmat buat penduduk di daerah tersebut terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Tengku.

Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long berkata, masih ada kekurangan kemudahan yang perlu ditambah supaya manfaat pembinaan projek itu turut dinikmati pelbagai pihak.

“Memang kita mengalu-alukan projek itu kerana ia adalah projek yang memberikan manfaat kepada rakyat khususnya pengguna lebuh raya ke destinasi terbabit.

“Kita tahu ia akan memberikan kemudahan kepada pengguna jalan namun kita mengharapkan ia juga dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat,” katanya di sini baru-baru ini.

Tambah beliau, pembinaan hentian rehat dan rawat dilihat dapat membantu meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat.

“Hentian itu sudah pasti boleh menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat untuk menambahkan sumber pendapatan mereka.“Kita berharap perkara ini mendapat perhatian pihak kerajaan kerana buat masa kini hentian terbabit masih belum ada kerana ia juga memberikan keselesaan kepada pengguna di laluan tersebut,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau juga menggesa kerajaan mempertimbangkan agar kewujudan kawasan perindustrian di jajaran lebuh raya itu terutama di kawasan Lipis.

“Kalau dulu mungkin masalah jalan, jarak yang menjadi penghalang namun kini ia sudah diatasi dengan adanya lebuh raya ini.

Artikel Berkaitan:

“Peluang ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin dengan mewujudkan kawasan industri bagi menarik lebih ramai pelabur di kawasan tersebut,” jelasnya.