Lebuh Raya CSR 3 tambah keselesaan

Peta yang menunjukkan keseluruhan pakej Lebuh Raya CSR. Gambar kiri: Wan Rosdy Wan Ismail
Peta yang menunjukkan keseluruhan pakej Lebuh Raya CSR. Gambar kiri: Wan Rosdy Wan Ismail
A
A
A

[LAPORAN KHAS] KUANTAN - Pembukaan rasmi Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) melibatkan laluan kira-kira 5.8 kilometer antara Mentara, Gua Musang, Kelantan hingga ke Merapoh, Lipis, Pahang bukan sahaja memudahkan rakyat, malah mempercepatkan perjalanan dan memberi keselesaan kepada pengguna lebuh raya berkenaan.

Lebuh raya empat lorong dengan dua lorong sehala itu adalah sebahagian daripada projek CSR Pakej 3 melibatkan laluan dari Gua Musang, Kelantan ke Kampung Relong, Lipis di Pahang.

Projek tersebut di bawah subpakej 3E1 antara Mentara ke Merapoh itu sebahagian daripada projek CSR Pakej 3: Gua Musang, Kelantan ke Kampung Relong, Lipis, Pahang itu telah siap pada 16 Februari dan dibuka secara rasmi pada 26 Julai lalu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, laluan itu dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas atas jalan Persekutuan sedia ada terutama pada musim perayaan dan cuti persekolahan.

Pembukaan laluan kira-kira 5.8km antara Mentara, Kelantan ke Merapoh, Lipis memberikan kemudahan kepada rakyat.
Pembukaan laluan kira-kira 5.8km antara Mentara, Kelantan ke Merapoh, Lipis memberikan kemudahan kepada rakyat.

“Antara kesan positif yang disasarkan daripada pelaksanaan projek ini ialah meningkatkan taraf sosio ekonomi penduduk setempat menerusi penyediaan infrastruktur berkualiti ke kawasan luar bandar.

“Pada masa yang sama, ia meningkatkan kebolehsampaian dan pergerakan laluan ke pantai timur, mengurangkan risiko kemalangan di mana berdasarkan rekod tahun 2010 hingga 2014, lebih 400 kemalangan berlaku di laluan lama antara Mentara ke Kuala Lipis,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Wan Rosdy berkata, selain itu membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di laluan sedia ada terutamanya pada musim perayaan dan cuti persekolahan. Laluan itu juga turut mengambil kira ekosistem hidupan liar setempat melalui pembinaan eco-viaduct dekat kawasan Sungai Yu.

Artikel Berkaitan:

Pembukaan rasmi laluan itu disempurnakan bersama oleh Wan Rosdy dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof pada 26 Julai lalu.

Sebelum ini laluan sepanjang 13.2 kilometer lebuh raya itu dari Kampung Kubang Rusa ke Felda Chegar Perah mula dibuka pada 10 Januari dan 5 Julai 2015, manakala laluan kedua melibatkan dari Felda Chegar Perah 2 ke Kampung Kechur sepanjang 24.2 kilometer dibuka pada 14 Julai 2015.

Pembukaan laluan kira-kira 5.8km antara Mentara, Kelantan ke Merapoh, Lipis disempurnakan bersama Wan Rosdy dan Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, 26 Julai lalu.
Pembukaan laluan kira-kira 5.8km antara Mentara, Kelantan ke Merapoh, Lipis disempurnakan bersama Wan Rosdy dan Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, 26 Julai lalu.