KPKT giatkan kempen 'Trash to Cash'

Ismail (kanan) dan Abd Rahim (kiri) bersama barangan kitar semula yang terkumpul sempena program Jangan Gunalah Plastik Sekali Guna dan pelancaran 'Trash to Cash' peringkat daerah Maran di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah hari ini.
Ismail (kanan) dan Abd Rahim (kiri) bersama barangan kitar semula yang terkumpul sempena program Jangan Gunalah Plastik Sekali Guna dan pelancaran 'Trash to Cash' peringkat daerah Maran di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah hari ini.
A
A
A

MARAN - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mempergiatkan kempen 'Trash to Cash' secara berterusan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kempen tersebut.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib bagaimanapun berkata, tahap kesedaran masyarakat masih belum memberangsangkan.

Menurutnya, kempen yang bermula pada 2019 memberi tumpuan terhadap kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara tetapi masih ada yang berpendidikan tinggi tidak menjaga kebersihan.

"Jadi kita harapkan sokongan ahli Parlimen dan wakil rakyat supaya prihatin dan memberikan sokongan terhadap kempen ini

"Kita sediakan peruntukan khas di Maran kepada mereka yang meraih kutipan tertinggi melalui pertandingan setiap bulan bermula bulan depan," katanya yang juga Ahli Parlimen Maran.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena perasmian kempen Jangan Gunalah Plastik Sekali Guna dan Pelancaran 'Trash to Cash' peringkat Daerah Maran 2020 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Hadir sama, Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Abd Rahim Muda dan Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Ismail Mokhtar.

Dalam pada itu, beliau menggalakkan penglibatan peniaga pasar tani dan pekan sehari bagi mengelakkan lebih banyak sampah selepas aktiviti perniagaan.

Artikel Berkaitan:

"Melalui cara ini setiap kali habis sahaja operasi, peniaga sudah bersedia mengumpulkan sampah dan selesai sahaja sampah sedia dibeli dan kawasan menjadi bersih," jelasnya.