MPSJ bantu keluarga B40

Antara keluarga yang menerima sumbangan sempena Program Jom Jelajah Kampung Dalam Bandar (Fasa 2) Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di Kampung Sri Aman hari ini.
Antara keluarga yang menerima sumbangan sempena Program Jom Jelajah Kampung Dalam Bandar (Fasa 2) Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di Kampung Sri Aman hari ini.
A
A
A

PUCHONG - Seramai 20 keluarga menerima sumbangan sempena program Jom Jelajah Kampung Dalam Bandar (Fasa 2) Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di Kampung Sri Aman hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, program itu bertujuan membantu golongan B40 yang terjejas akibat penularan wabak koronavirus (Covid-19) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Program ini juga bagi menyokong aspirasi MPSJ iaitu 'No One Left Behind'. MPSJ berharap tiada golongan yang tercicir daripada menerima bantuan tersebut terutama di kawasan perkampungan dan pangsapuri di bawah kawasan pentadbiran MPSJ.

"Program kali ini meliputi beberapa kampung antaranya Kampung Sri Aman, Kampung Sri Andalas, Kampung Sri Langkas serta Kampung Batu 13, Puchong," katanya.

Program kali ini meliputi beberapa kampung antaranya Kampung Sri Aman, Kampung Sri Andalas, Kampung Sri Langkas serta Kampung Batu 13, Puchong.
Program kali ini meliputi beberapa kampung antaranya Kampung Sri Aman, Kampung Sri Andalas, Kampung Sri Langkas serta Kampung Batu 13, Puchong.

Menurutnya, kesemua penerima menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM100 melalui kutipan Tabung Amal Covid-19 MPSJ.

"Sehingga tarikh ini, sebanyak 214 penerima menerima bantuan hasil daripada sumbangan Tabung Amal Covid-19 MPSJ.

"Selain bantuan tabung khas Covid-19 MPSJ, pihak majlis turut telah memperuntukkan keseluruhan RM240,000 kepada 24 JKP MPSJ dan sehingga 29 Julai 2020.

Artikel Berkaitan:

"Seramai 5,411 penerima diberikan bantuan dengan jumlah kos yang dibelanjakan sebanyak RM189,433.50," katanya.

Program Jom Jelajah Kampung Dalam Bandar (Fasa 2) MPSJ bermula 8.30 pagi di Balai Masyarakat JKP Zon 12, Kampung Sri Aman, Puchong.
Program Jom Jelajah Kampung Dalam Bandar (Fasa 2) MPSJ bermula 8.30 pagi di Balai Masyarakat JKP Zon 12, Kampung Sri Aman, Puchong.

Terdahulu, program bermula jam 8.30 pagi di Balai Masyarakat JKP Zon 12, Kampung Sri Aman, Puchong itu turut disertai Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Dr Siti Mariah Mahmud.