X

Kindly register in order to view this article
!

Kaki budak tersepit dalam lubang tandas

Bomba membantu mengeluarkan kaki seorang kanak-kanak yang tersepit dalam mangkuk tandas di Waterfall Kota Tinggi, Kampung Batu 4, Kota Tinggi hari ini.
A
A

KOTA TINGGI - Kegembiraan seorang kanak-kanak beriadah bersama-sama keluarga di Kota Tinggi Waterfall, Kampung Batu 4, di sini hari ini bertukar duka apabila kaki kanannya tersepit dalam mangkuk tandas.

Dalam kejadian pada jam 12.56 tengah hari, Mohd Rafiq Abdul Rahman, 9, masuk ke dalam sebuah tandas awam untuk membilas badannya selepas selesai mandi di situ.

Bagaimanapun, dipercayai berikutan keadaan lantai licin kaki mangsa termasuk dalam lubang tandas dan usaha keluarganya serta pihak pengurusan Kota Tinggi Waterfall mengeluarkan kakinya itu tidak berjaya.

Kaki kanak-kanak itu terperosok dalam mangkuk tandas hingga ke paras buku lali dan terpaksa menahan kesakitan hampir 20 minit sebelum ketibaan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi.

Komander operasinya, Penolong Bomba Kanan II Mohamad Othman berkata, pihaknya dibantu sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

"Kaki mangsa dikeluarkan dengan menarik kakinya dari mangkuk tandas dengan berhati-hati dan perlahan-lahan.

"Mangsa tidak mengalami kecederaan. Operasi tamat pada jam 1.32 petang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!