12 premis judi di Klang dipotong bekalan elektrik

Sebanyak 12 premis judi online di Bandar Baru Klang dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik.
Sebanyak 12 premis judi online di Bandar Baru Klang dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik.
A
A
A

KLANG - Sebanyak 12 premis judi online di Bandar Baru Klang, di sini dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik dalam operasi bersepadu polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, operasi selama dua jam bermula jam 4 petang itu diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Deputi Superintendan Zakaria Zainal.

"Premis terbabit sebelum ini pernah dikenakan tindakan tetapi masih beroperasi secara rahsia bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

"Polis juga akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik premis yang memberi sewa dan membenarkan kegiatan perjudian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi pemotongan bekalan elektrik itu akan diteruskan bagi memastikan kegiatan tersebut terus lumpuh.

Menurutnya, tindakan pemotongan bekalan elektrik juga akan dilakukan ke atas kilang haram.

Artikel Berkaitan: