X

Kindly register in order to view this article
!

KKM cadang lanjut PKPP

Adham (tengah) pada program Perkeso Prihatin 10gara Selamat di Dewan Raya Kampung Felda Bukit Besar, Kota Tinggi, hari ini.
A
A

KOTA TINGGI - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah mencadangkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan berakhir 31 Ogos ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, saranan berkenaan diusulkan berdasarkan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berhubung koronavirus (Covid-19) berlaku tidak kurang dari dua tahun.

Bagaimanapun katanya, sebarang keputusan untuk meneruskan atau menamatkan PKPP bergantung kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan MKN.

"Kes di negara masih meningkat dengan kes import di negara yang tertentu bertambah, tetapi Malaysia dapat mengawal pintu masuk dan sempadan dengan baik," katanya selepas merasmikan program Perkeso Prihatin 10gara Selamat di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dan Pengarah Perkeso Johor, Tong Sing Chuan.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai denda RM1,000 yang dikenakan terhadap Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, beliau menjelaskan tindakan itu mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) 1988.

"Yang itu (denda RM1,000) sudah diselesaikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

"KKM tengok pelbagai sudut dan kompaun maksimum ialah RM1,000 (di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342), kalau ada (pihak berkuasa) membuat pendakwaan lain... itu terpulang," katanya.

Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) 1988 memperuntukkan denda maksimum RM1,000 yang mewajibkan semua individu yang baru tiba dari luar negara sama ada warganegara atau warga asing perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari sebagai langkah mengekang penularan Covid-19.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!