Kedudukan Azmin dalam Bersatu akan dibincang

Ahmad Faizal bersama Mohamed Azmin ketika mengadakan lawatan ke Pusat Media Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim hari ini.
Ahmad Faizal bersama Mohamed Azmin ketika mengadakan lawatan ke Pusat Media Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim hari ini.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Kedudukan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan dibincangkan dalam masa terdekat, kata Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Menurutnya, perkara itu boleh dibincangkan dalam mesyuarat melibatkan Majlis Pimpinan Tertinggi parti atau bersekali dengan mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang diadakan bagi meminda Perlembagaan parti seperti diumum Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

"Kita akan bincang dalam majlis pimpinan tertinggi dan kalau tak salah kita akan ada mesyuarat agung luar biasa tidak lama lagi, jadi saya rasa bersesuaianlah jika diadakan sekali," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menerima lantikan sebagai naib presiden parti.

Pada pemilihan semalam, tiga jawatan Naib Presiden dimenangi Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee; Menteri Pendidikan; Dr Radzi Jidin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

Pada Kongres Negara 'Bersatu untuk Malaysia' semalam, Mohamed Azmin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri bersama kemnya daripada PKR telah mengesahkan penyertaan secara rasmi dalam Bersatu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kumpulan Azmin sah sertai Bersatu, sokong Muhyiddin

Muhyiddin kekal Presiden Bersatu, Ahmad Faizal diumum timbalan presiden

Artikel Berkaitan:

Mohd Radzi menang Naib Presiden Bersatu, Pak Wan tewas

Sementara itu, Ahmad Faizal yakin, Majlis Pimpinan Tertinggi yang baharu ini dapat memberi sokongan padu terhadap kepimpinan Muhyiddin selaku Perdana Menteri dan Presiden parti.

"Semua dah tak sabar untuk berkhidmat kepada parti dan saya fikir parti kini menuju ke landasan yang lebih baik.

"Bersatu akan bertambah kukuh apatah lagi ditambah dengan sokongan daripada pemimpin besar seperti Datuk Seri Mohamed Azmin," katanya.