X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 29 Jun 2022

Perak sasar pentas final Sukma 2020

Pemain Perak, Muhammad Raimedanial Roslan (tengah) mengasak pemain Pulau Pinang, Afiq Akmal (kanan) ketika Perlawanan Persahabatan Pra Sukma Ragbi untuk persediaan pasukan ke Sukma Johor di Stadium Ragbi Perak, Ipoh hari ini. Foto: Bernama
A
A

SKUAD ragbi lelaki Perak menetapkan sasaran untuk melangkah ke perlawanan akhir Sukan Malaysia (Sukma) Johor 2020 yang dijadual berlangsung pada 6 hingga 14 Mac tahun depan, berbanding hanya layak ke suku akhir pada Sukma lepas.

Jurulatihnya, Abd Latif Ismail berkata, bagi merealisasikan impian itu, skuad ragbi Perak yang terdiri daripada kalangan anak jati negeri itu telah membuat persiapan rapi sejak Julai lalu.

"Pihak pengurusan dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri (MSN) juga telah menubuhkan kelas khas bertujuan meningkatkan tahap psikologi dan semangat pemain.

"Bagi saya, ini persiapan terbaik yang kami buat dan akan berterusan hingga ke Sukma nanti. Paling penting kami nak mara ke akhir," katanya kepada pemberita selepas perlawanan persahabatan antara Perak dan Pulau Pinang di Stadium Ragbi Perak, di sini hari ini.

Perlawanan itu menyaksikan Perak menewaskan Pulau Pinang 37-0.

Abd Latif berkata, skuad kendalianya akan ke Terengganu Oktober ini bagi menghadapi perlawanan persahabatan empat penjuru dengan Kuala Lumpur, Terengganu dan Johor.

"Di situ nanti, saya nak tengok sejauh mana keupayaan pemain dan adakah mereka telah benar-benar bersedia untuk menghadapi Sukma. Ini kerana lawan yang ditentang itu merupakan antara pasukan yang terkuat dalam saingan ragbi di Sukma nanti," katanya.

Mengenai perlawanan persahabatan hari ini, beliau berkata, ia tidak boleh dijadikan kayu ukur bagi menilai kekuatan keseluruhan anak buahnya.

"Perlawanan ini sebenarnya untuk melihat sama ada pemain bersedia daripada sudut mental dan fizikal untuk menghadapi perlawanan sebenar. Selain itu, perlawanan ini juga adalah untuk saya tengok keserasian antara pemain lain," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!