Maqis rampas palet kayu tanpa permit import

Palet kayu tanpa permit import cuba di bawa masuk melalui KSAB, semalam.
Palet kayu tanpa permit import cuba di bawa masuk melalui KSAB, semalam.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) semalam merampas 285 unit palet kayu kerana tidak mempunyai Permit Import daripada Maqis.

Kayu palet dianggarkan bernilai RM1,765 itu dibawa masuk dari Singapura melalui Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Johor Bahru menggunakan sebuah lori kontena.

Pengarah Maqis Johor, Nur Afifah A Rahman berkata, pemeriksaan kira-kira jam 5 petang di KSAB itu mendapati barang berkenaan dipercayai untuk dihantar ke sebuah kilang elektronik di negara ini.

"Palet atau hasilan kayu yang dibawa masuk tanpa permit sangat berisiko kepada industri pertanian negara kerana berkemungkinan terdapat perosak. Bulan lepas kami menahan kelapa kering import dengan perosak yang masih hidup," katanya melalui kenyataan hari ini.

Palet kayu tanpa permit import cuba di bawa masuk melalui KSAB, semalam.
Palet kayu tanpa permit import cuba di bawa masuk melalui KSAB, semalam.

Menurutnya, perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa Permit Import yang sah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta yang sama.

Katanya, jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000.00 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya sekali.

Artikel Berkaitan: