KPM perkenal kaedah pentaksiran baharu sekolah khusus

KPM akan memperkenalkan kaedah pentaksiran baharu bagi tujuan kemasukan murid Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat ke sekolah khusus iaitu melalui single entry point.
KPM akan memperkenalkan kaedah pentaksiran baharu bagi tujuan kemasukan murid Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat ke sekolah khusus iaitu melalui single entry point.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan kaedah pentaksiran baharu bagi tujuan kemasukan murid Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat ke sekolah khusus iaitu melalui single entry point.

KPM melalui kenyataan hari ini memaklumkan, sekolah khusus yang terlibat dengan kaedah pentaksiran baharu itu ialah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) untuk tahun 2021.

Menurut KPM lagi, kementerian itu telah membangunkan satu sistem permohonan kemasukan murid Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat ke Sekolah Khusus secara single entry point.

"Sistem ini melibatkan permohonan secara berpusat dan juga kaedah pentaksiran standard secara berpusat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, KPM berkata, pentaksiran kemasukan Sekolah Khusus yang akan dilaksanakan ini merangkumi tiga bahagian iaitu Kecerdasan Insaniah (20 peratus), Kecerdasan Intelektual (70 peratus) dan Artikulasi Penulisan (10 peratus).

Katanya, Kaedah pelaksanaan Ujian Kecerdasan Insaniah dan Kecerdasan Intelektual secara dalam talian manakala kaedah pelaksanaan ujian Artikulasi Penulisan secara bertulis.

"Maklumat lanjut berhubung pentaksiran ini akan dimaklumkan melalui portal KPM pada 1 September 2020," katanya.

Kenyataan itu turut menyebut, permohonan untuk kemasukan ke Tingkatan Satu boleh diakses melalui pautan https//:spskt1.moe.gov.mydan permohonan ke Tingkatan Empat melalui pautanhttps//:spskt4.moe.gov.my. Semua pemohon akan menduduki pentaksiran secara berpusat di 555 buah pusat pentaksiran yang ditetapkan di seluruh negara.

Artikel Berkaitan: