Empat pemandu mabuk ditahan

Salah seorang pemandu kenderaan sedang menjalani ujian kandungan alkohol.
Salah seorang pemandu kenderaan sedang menjalani ujian kandungan alkohol.
A
A
A

PETALING JAYA - Seramai empat lelaki ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk melalui Ops Alkohol dan Pencegahan Jenayah di Petaling Jaya, malam tadi.

Seramai 682 pengguna jalan raya dan 655 kenderaan turut diperiksa dalam operasi selama empat jam bermula jam 11 malam itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, suspek berusia 29 hingga 42 tahun itu ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi daripada ditetapkan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 45 (A) 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu katanya, sebanyak 88 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik termasuk 24 memandu atau menunggang kenderaan tanpa lesen yang sah.

Artikel Berkaitan: