X

Kindly register in order to view this article
!

Hasrat nak pinjam lebur, wang sendiri pula lesap

Gambar kecil: Mohd Wazir
A
A

KUANTAN - Hasrat seorang kerani membuat pinjaman RM30,000 lebur bahkan wang yang hendak dipinjam tidak diperoleh sebaliknya wang simpanan sendiri sebanyak RM49,890 pula yang lesap.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, wanita berusia lebih 30-an itu ingin membuat pinjaman tersebut selepas melihat iklan di laman sosial Facebook.

"Mangsa mengisi maklumat diri bagi tujuan itu. Dia kemudian menerima satu pesanan ringkas menerusi aplikasi WhatApps yang menawarkan pinjaman itu dan mangsa mahu membuat pinjaman sebanyak RM30,000.

"Suspek meminta mangsa membayar pelbagai caj bagi kelulusan pinjaman dan telah membuat 23 transaksi ke atas lima akaun yang diberikan oleh suspek dengan jumlah keseluruhan RM49,890," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!