Kompaun menteri mengelirukan

Syed Saddiq ketika ditemui pemberita selepas Program Konvoi Anak Muda di Bilik Gerakan Utama di Slim River di sini hari ini.
Syed Saddiq ketika ditemui pemberita selepas Program Konvoi Anak Muda di Bilik Gerakan Utama di Slim River di sini hari ini.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Tindakan kompaun RM1,000 yang dikenakan terhadap Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) kuarantin wajib mengelirukan rakyat.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, 'denda dua darjat' yang dikenakan itu umpama ‘laluan khas’ yang diberikan kepada pemimpin itu berbanding kumpulan gelang ‘pink’.

“Itu jelas menunjukkan undang-undang dua darjat berbanding dengan Kluster Sivagangga dan ‘mak cik gelang pink’ yang dikenakan denda dan dipenjara oleh mahkamah.

“Apabila melibatkan menteri yang sepatutnya menjadi contoh dikenakan kompaun RM1,000. Tiba-tiba ada jalan khas untuk menteri. Ini tidak masuk akal dan pelik,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Konvoi Anak Muda di Bilik Gerakan Utama di Slim River di sini hari ini.

Beliau juga bimbang kes itu akan dijadikan contoh kepada individu lain untuk lebih berani melanggar SOP yang dikenakan.

“Tindakan itu menghantar mesej yang tidak baik dan mengelirukan. Mereka yang pulang dari luar negara mungkin berfikir mengapa perlu dikuarantin kalau kena bayar hotel minima RM2,100 sebagai tempat kuarantin.

“Selepas ini mungkin geng gelang ‘pink’ tidak takut ditangkap kerana menteri pun bayar RM1,000 dan saya pun akan bayar RM1,000,” katanya.

Artikel Berkaitan: