AMK pertikai BN guna platfom kerajaan bantu kempen

Gambar tular yang menunjukkan dewan MDTM di Kampung Baru Slim River jelas terpampang sepanduk Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pekan Slim. Gambar kecil: Ashraf Kahasani
Gambar tular yang menunjukkan dewan MDTM di Kampung Baru Slim River jelas terpampang sepanduk Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pekan Slim. Gambar kecil: Ashraf Kahasani
A
A
A

TANJUNG MALIM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak mempertikaikan kempen Barisan Nasional (BN) yang didakwa menggunakan platform kerajaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim ini.

Pengarah Komunikasi AMK negeri, Ashraf Kahasani berkata, perkara itu tular di media sosial membabitkan penglibatan dan kehadiran penjawat awam secara terbuka daripada jabatan dan agensi kerajaan Perak.

"Semalam tular di media sosial BN menggunakan platfom Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) semasa berkempen yang dimuat naik di laman Facebook rasmi persatuan itu, kini tular pula aktiviti kempen melalui Majis Daerah Tanjung Malim (MDTM).

"Gambar yang menunjukkan dewan MDTM di Kampung Baru Slim River jelas terpampang sepanduk Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pekan Slim.

"Turut dilihat anggota MDTM Majlis Daerah duduk bersama jentera parti yang sedang berkempen di sebuah restoran sekitar kawasan Slim River. Gambar yang dimuatnaik itu jelas kelihatan beberapa pemimpin-pemimpin tersebut memakai seragam BN," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, tindakan itu jelas bertentangan dengan etika sebagai penjawat awam apabila dilihat secara bersama menjalankan kempen ketika PRK DUN Slim diadakan.

Katanya, sebagai penjawat awam, mereka tidak sepatutnya terlibat atau terpengaruh dengan sentimen politik kepartian dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.

"Penjawat awam tidak seharusnya terbabit berkempen secara terbuka untuk BN.

Artikel Berkaitan:

"Mereka perlu sedar garisan pemisah di antara institusi kerajaan dan parti politik kerana akhirnya hanya akan memberikan gambaran negatif kepada masyarakat umum," katanya.