Pakai baju logo PH, Manogaran diarah keluar pusat undi

Azhar Azizan- Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Azhar Azizan- Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A
CAMERON HIGHLANDS - Calon PH, M Manogaran telah diarah meninggalkan pusat mengundi selepas didapati memakai baju berlambang parti.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, mengikut peraturan mana-mana individu tidak dibenarkan memakai logo parti dalam jarak 50 meter dari pusat mengundi.

"Tindakan telah diambil dengan menyuruh beliau keluar dari kawasan mengundi," katanya kepada media selepas melawat pusat mengundi di SJK (T) Ringlet, di sini, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial gambar Manogaran memakai baju berlogo PH ketika melawat sebuah pusat mengundi.

Gambar itu turut dikongsi Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Facebooknya.

Menurut Asyraf, tindakan Manogaran itu jelas bertentangan dengan peraturan SPR.

Seksyen 26(1)(g) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menetapkan bahawa seseorang pengundi adalah dilarang sama sekali memasuki tempat mengundi jika mereka memakai apa-apa pakaian dan peralatan yang memaparkan nama calon, simbol atau lambang parti politik pada hari mengundi.

Artikel Berkaitan: