Lelaki maut jatuh lubang lif

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

GEORGETOWN - Seorang lelaki maut selepas terjatuh ke dalam lubang lif dari tingkat lima sebuah tapak pembinaan di Lintang Kampung Melayu, Air Itam di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.24 petang memaklumkan seorang lelaki berusia 55 tahun dipercayai terjatuh ketika menjalankan kerja pembinaan di situ.

“Ketika tiba di lokasi, pihak bomba mendapati lelaki itu berada dalam lubang lif di tapak pembinaan berkenaan.

"Mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berjaya dikeluarkan pasukan penyelamat,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Katanya, lelaki itu disahkan meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang(HPP), untuk dibedah siasat.- Bernama

Artikel Berkaitan: