Kelantan mengamuk belasah UKM FC

Kelantan tampil bertenaga membelasah UKM FC 5-1. FOTO: KELANTAN FA
Kelantan tampil bertenaga membelasah UKM FC 5-1. FOTO: KELANTAN FA
A
A
A

MASALAH kewangan dan gaji yang melanda pasukan Kelantan nyata tidak mengganggu rentak pasukan pantai timur itu apabila mencatatkan kemenangan 5-1 ke atas UKM FC dalam aksi Liga Premier di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan yang turun dengan misi meraih kemenangan selepas liga dihentikan sejak pertengahan Mac lalu bagaimanapun menyaksikan penguasaan yang lebih dipamerkan skuad kendalian Yusri Che Lah apabila membuka tirai jaringan menerusi Muhamad Hakimi Abdullah pada minit ke-19 menerusi sepakan percuma.

UKM kembali memberikan tentangan dan memperolehi gol penyamaan menerusi sepakan penalti penyerang import UKM FC, Akanni Sunday Wasiupada minit ke-39.

Pemain Kelantan yang dilanda masalah tunggakan pembayaran gaji sejak Mac lalu seolah-olah meninggalkan seketika masalah itu di luar padang apabila terus menampilkan corak permainan berkualiti menambah gol kedua sekali lagi menerusi Muhamad Hakimi yang bijak menewaskan penjaga gol UKM dari kiri pintu gol lawan sebelum Felix Odili menambah dua gol pada minit ke-65 dan ke-78 untuk meletakkan pelawat mendahului 4-1

Muhamad Hakimi tampil dengan hatrik apabila meledakkan gol ketiga menembusi gawang UKM FC di penghujung babak permainan.

Perlawanan antara Kelantan dan UKM FC ini merupakan perlawanan tertunda dan aksi pertama yang dilangsungkan selepas liga dihentikan akibat pandemik Covid-19 pada Mac lalu.

Kedua-dua pasukan juga menjadi yang terawal mengharungi norma baharu dalam saingan Liga Malaysia apabila perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan perlu bermain tanpa kehadiran penonton.

Artikel Berkaitan: