ICERD: Tukar himpunan jadi sujud syukur

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Himpunan besar-besaran bagi membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Kuala Lumpur yang dijadual 8 Disember ini sepatutnya ditukar kepada sujud syukur.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan himpunan perdana yang dijangka akan diteruskan meskipun kerajaan telah membuat keputusan tidak akan meratifikasi ICERD sebagai himpunan yang tiada hala tuju.

"Kabinet telah buat keputusan tidak akan ratifikasi ICERD, jadi sewajarnya semua pihak menghargai keputusan yang telah dibuat kerajaan ini.

"Jadi tak ada keperluan nak berdemonstrasi, demonstrasi mesti ada hala tuju.Kalau sekadar nak buat majlis kesyukuran, saya cadangkan semua buat sujud syukur dan buat kenduri pisang di masjid dan di surau seluruh negara daripada menghabiskan wang untuk sewa bas

dan sebagainya, lebih baik wang tu dikumpul untuk bantu fakir miskin dan sekolah agama dalam negara kita,"katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Dalam pada itu, Mahfuz yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri, berkata tindakan pembangkang yang berhasrat meneruskan himpunan tersebut sebagai satu usaha untuk menjarakkan sokongan orang-orang Melayu dan Islam daripada PH untuk jangka masa panjang menjelang PRU15.

"Kerajaan dah buat keputusan tidak akan ratifikasi ICERD, tapi permasalahan Islam tidak juga selesai. Masalah kehidupan umat Islam dari segi akhlak, dadah, anak luar nikah, buta al Quran dan sebagainya.

"Walaupun ratifikasi tak berlaku seharusnya, orang Islam sedar apakah masalah sebenarnya. Masalahnya bukan ICERD, masalahnya mindset. Mindset masyarakat Islam itu harus berubah bagaimana mereka harus mengambil peduli masalah buta al Quran, anak luar nikah, dadah, mana-mana melibatkan orang Islam," katanya.

Tegasnya, perkara ini berlaku dalam lingkungan umat Islam bukan kerana ICERD sebaliknya mindset umat Islam harus berubah.

Artikel Berkaitan:


[ARTIKEL BERKAITAN: Himpunan diteruskan, kerajaan gagal tunjuk kesungguhan]