RM400,000 diperuntuk bina dewan terbuka di Tanjong Karang

Noh (dua dari kiri) menyerahkan replika cek pada Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Dewan Terbuka di SK Parit Serong, Tanjong Karang hari ini.
Noh (dua dari kiri) menyerahkan replika cek pada Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Dewan Terbuka di SK Parit Serong, Tanjong Karang hari ini.
A
A
A

TANJONG KARANG - Parlimen Tanjong Karang memperuntukkan sebanyak RM400,000 bagi membina dewan terbuka di tiga sekolah di Parlimen itu yang dijangka siap selewat-lewatnya Disember depan.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar berkata, tiga dewan berkenaan membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Serong dengan kos bernilai RM150,000, SK Dato' Manan (RM150,000) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Burong (RM100,000).

Menurutnya, peruntukan itu telah diluluskan kerajaan dan dimasukkan ke dalam akaun Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di tiga sekolah terbabit.

"Kerja-kerja reka bentuk dewan juga sudah disiapkan dan diluluskan arkitek bertauliah.

"Projek ini nanti akan dipantau pihak sekolah dan PIBG dari semasa ke semasa," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Dewan Terbuka di SK Parit Serong, di sini hari ini.

Noh berkata, projek menyiapkan dewan terbuka itu sepatutnya sudah disiapkan lebih awal sekiranya Barisan Nasional (BN) memerintah negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

"Apabila bertukar kerajaan, peruntukan yang diluluskan (semasa zaman BN) tidak dapat diluluskan (semasa pentadbiran Pakatan Harapan).

"Bagaimanapun, apabila kita menjadi kerajaan semula, saya cuba melaksanakan apa yang telah diluluskan sebelum ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, sehingga kini, sebanyak 13 sekolah di Parlimen Tanjong Karang sudah menerima peruntukan untuk membina dewan terbuka.

"Saya berhasrat menyediakan dewan terbuka kepada semua sekolah di Parlimen ini untuk memberi keselesaan kepada anak-anak dan guru mengadakan pelbagai aktiviti di sekolah," katanya.

Katanya, selain peruntukan membina dewan, sebanyak RM184,000 diberikan kepada PIBG di seluruh Parlimen itu.

"Sebanyak RM10,000 diperuntukkan kepada PIBG sekolah menengah manakala RM5,000 kepada PIBG sekolah rendah dan masing-masing RM3,000 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil," katanya.