‘Saya tak ambil hati’

Bung Moktar
Bung Moktar
A
A
A

KOTA KINABALU – Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin tidak mengambil hati atas bantahan pemimpin parti itu terhadap pelantikannya sebagai ketua jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan.

Menurutnya, beliau menghormati kepelbagaian pandangan serta pendapat mengenai perkara itu.

“Tak mengapa. Kita harus terus melangkah ke depan.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Keputusan Presiden UMNO langgar semangat autonomi Sabah'

Bagi saya 'cool down' dulu: Bung Moktar

'Semua ahli perlu akur Bung Moktar ketuai PRN Sabah'

“Kita hormati kepelbagaian pandangan dan pendapat, tak mengapa,” katanya menurut laporan Free Malaysia Today (FMT).

Selasa lalu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mengetuai 12 ketua bahagian parti itu di Sabah membantah pelantikan Bung berikutan perkara itu tidak dibincangkan dan berlawanan dengan autonomi penuh yang diberikan kepada negeri itu tahun lepas.

Artikel Berkaitan:

Katanya, mereka tidak mahu pemimpin yang terpaksa turun naik mahkamah bagi menghadapi pertuduhan rasuah mengetuai kempen gabungan itu dalam pilihan raya yang dijadualkan 26 September depan.

Berikutan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai Pengerusi BN Sabah adalah munasabah Bung mengetuai kempen gabungan tersebut.

Ahmad Zahid berkata, walaupun berbeza pandangan, semua parti komponen BN perlu bersatu bagi memastikan gabungan itu mencapai kemenangan.