Kerajaan kaji harga siling antara pelitup muka perubatan, biasa

Kerajaan sebelum ini memutuskan harga pelitup muka jenis tiga lapis kini diturunkan kepada RM1 berbanding RM1.50 sebelum ini.
Kerajaan sebelum ini memutuskan harga pelitup muka jenis tiga lapis kini diturunkan kepada RM1 berbanding RM1.50 sebelum ini.
A
A
A

KUALA BERANG - Kerajaan sedang mengkaji untuk menetapkan harga siling yang berbeza, bagi pelitup muka perubatan dan pelitup muka bukan perubatan (biasa).

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, penetapan ini adalah bagi membolehkan rakyat menikmati harga yang lebih murah bagi pelitup muka jenis biasa, berbanding pelitup muka perubatan yang kini dikawal pada harga RM1 sekeping.

“Kita dimaklumkan oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) bahawa ada dua kategori pelitup muka iaitu kategori biasa dan (kategori) perubatan, yang dipakai oleh pengamal perubatan. Jadi kita (kementerian) sedang mengkaji untuk menurunkan harga (pelitup muka jenis biasa), supaya menjadi lebih murah berbanding harga semasa kini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Harga pelitup muka turun lagi

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Hulu Terengganu, di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, di sini hari ini.

Dalam pada itu Rosol turut memberi jaminan bahawa bekalan pelitup muka bagi seluruh negara adalah mencukupi, dan jumlah bekalan barangan tersebut di pasaran kini masih banyak. - Bernama

Artikel Berkaitan: