Netizen terhibur, Cardi B hempas buah nangka ke lantai sebelum potong

Gelagat Cardi B menghempas buah nangka ke lantai sebelum memotongnya mendapat perhatian warganet.
Gelagat Cardi B menghempas buah nangka ke lantai sebelum memotongnya mendapat perhatian warganet.
A
A
A

CARA penyanyi rap dari Amerika Syarikat, Cardi B mengupas buah nangka dengan menghempasnya terlebih dulu ke lantai membuatkan peminat dan warganet terhibur apabila rakaman video gelagatnya itu tular di media sosial.

Penyanyi itu kebetulan memang menyukai makanan dari Asia termasuk buah-buahan.

Semalam, Cardi B merakam video bagaimana dia mengupas buah nangka dan rakaman berdurasi kurang satu minit itu dimuat naik di Instagram miliknya yang memaparkan dia menghempas buah itu ke lantai sebanyak dua kali.

"Saya akan menghempasnya ke lantai sehingga terbuka. Jadi sekarang, saya memotongnya dengan pisau dan ia sangat mudah," kata penyanyi tersebut.

Cardi B atau nama sebenarnya Belcalis Marlenis Almánzar mengakui bahawa dia sangat menyukai buah nangka kerana rasanya sangat enak dan manis.

Sehingga kini, video gelagatnya dengan buah nangka itu telah ditonton lebih 9 juta tontonan dan lebih 17,000 komen.

Artikel Berkaitan: