X

Kindly register in order to view this article
!

Messi mengamuk lagi

Messi
A
A

BINTANG Barcelona, Lionel Messi dilaporkan berang selepas maklumat mengenai pertemuannya dengan pengendali baharu kelab Catalan itu, Ronald Koeman diketahui oleh media.

Memetik laporan portal berita antarabangsa, Messi meluahkan kemarahannya kepada pengurusan kelab itu yang tidak menjaga kerahsiaan tentang apa yang dibincangkannya dengan Koeman.

"Messi merasakan dia seperti dipermainkan. Dia melihat pertemuan dengan Koeman itu sebagai sesuatu yang bersifat sensitif dan peribadi. Namun tidak menyangka berita mengenai pertemuan itu tersebar.

"Dia menyifatkan ia sebagai cara pengurusan Barcelona mahu menghalaunya keluar dengan cara halus daripada kelab tersebut," kata laporan itu.

Pertemuan Messi dan Koeman itu diketahui bagi membincangkan mengenai masa depan Messi di kelab gergasi Sepanyol itu yang menjadi isu paling hangat diperkatakan ketika ini.

Hasil perbincangan itu Messi memberi bayangan tidak mahu terus kekal di Barcelona dalam waktu terdekat dan belum memutuskan mengenai masa depannya walaupun kontrak bakal tamat tahun depan.

"Maklumat perbincangan yang bocor itu menyebabkan Messi marah kerana dia tidak mahu perkara itu menjadi isu memandangkan kontraknya masih dalam perbincangan.

"Keadaan terbaharu ini bakal mengeruhkan lagi situasi Messi di kelab tersebut dan masa depannya bersama Barcelona mungkin berakhir," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!