Tunggakan gaji dibayar 7 Mac depan

Laporan Sukan Sinar kelmarin.
Laporan Sukan Sinar kelmarin.
A
A
A

KEMELUT antara Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) dan pemain selesai apabila kedua-dua pihak mencapai kata sepakat dalam pertemuan tertutup semalam.

Presiden PFA Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie berkata, tunggakan gaji pemain akan dibayar selewat-lewatnya 7 Mac ini setelah pihaknya mendapat geran daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

"Semua pemain dah setuju, sudah berpuas hati dan diselesaikan dengan cara terbaik dan berhemah," katanya kepada media di sini, semalam.

Media, sebelum ini melaporkan mengenai 18 pemain Perlis menuntut PFA menyelesaikan bayaran baki gaji tertunggak sejak Mac tahun lepas berjumlah lebih RM400,000, sehingga ada antara pemain terpaksa menjadi nelayan dan menjual burger di tepi jalan selain menjadi tukang cuci kereta. - Bernama

Artikel Berkaitan: