Laporan kewangan TH dibentang sebelum Parlimen berakhir 27 Ogos ini

Zulkifli melihat gambar ketika melawat pameran sambil diiringi Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid dan Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah selepas perasmian Muafakat NGO Islam Tangani Nasib Ummah di Karangkraf hari ini. Foto Sinar Harian/Rosli Talib

A
A
A

SHAH ALAM - Laporan Kewangan Tahunan Tabung Haji (TH) dijangka akan dibentangkan sebelum sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini berakhir pada 27 Ogos nanti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, kerajaan menerusi Kementerian Kewangan kini baharu sahaja selesai membuat audit semula ke atas laporan kewangan tersebut.

"Selepas berlaku pertukaran kerajaan, laporan kewangan TH itu perlu diaudit semula oleh Menteri Kewangan yang baharu dan alhamdulillah proses itu sudah selesai.

"Saya yakin, ia akan dapat dibentangkan dalam Kabinet dan diselesaikan sebelum sesi Parlimen kali ini berakhir," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pelancaran Muafakat NGO Islam Tangani Nasib Ummah di Dewan Karangkraf di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin mencabar Zulkifli untuk membentangkan laporan kewangan tahunan TH di Parlimen kerana mendakwa laporan yang telah diaudit perlu dibentangkan segera bagi pengagihan hibah kepada pendeposit Tabung Haji.

Beliau turut menegaskan, laporan kewangan beraudit bagi tahun 2018 dan 2019 untuk TH yang seharusnya dibentangkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof tidak menjadi kenyataan ekoran berlaku pertukaran kerajaan pada Februari 2020.

Zulkifli melihat gambar ketika melawat pameran sambil diiringi Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid dan Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah selepas perasmian Muafakat NGO Islam Tangani Nasib Ummah di Karangkraf hari ini. Foto Sinar Harian/Rosli Talib
Zulkifli melihat gambar ketika melawat pameran sambil diiringi Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid dan Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah selepas perasmian Muafakat NGO Islam Tangani Nasib Ummah di Karangkraf hari ini. Foto Sinar Harian/Rosli Talib

Sementara itu, dalam perkembangan lain, ketika mengulas berhubung perkembangan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH, Zulkifli berkata, setakat ini keputusan untuk membawa perkara itu ke Kabinet masih belum diputuskan.

Artikel Berkaitan:

"Ia (keputusan) bergantung kepada Kementerian Kewangan kerana pihak mereka perlu memperhalusi pelbagai isu terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dapat dibuat termasuk membawanya ke Kabinet," katanya.

Sebelum ini, Zulkifli memaklumkan cadangan penubuhan RCI TH dijangka dibawa ke mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat.