Muslimat Pas Selangor perlu siap siaga hadapi PRU15

Wan Hasrina
Wan Hasrina
A
A
A

KLANG - Muslimat Pas Selangor disaran untuk mempertingkatkan kesiapsiagaan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Muslimat Pas Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan berkata, PRU15 dijangka berlaku dalam masa terdekat maka program-program yang dirangka perlu berorientasikan kesiapsiagaan menghadapi PRU15.

"Beberapa fokus gerak kerja yang mesti diambil perhatian dan tindakan oleh Muslimat Pas di setiap kawasan antaranya, perkemaskan struktur organisasi dan memulakan jalinan kerjasama Muslimat kawasan dengan kalangan Wanita dalam Muafakat Nasional melalui kerjasama erat di dalam program-program kemasyarakatan.

"Selain itu, Muslimat di setiap kawasan perlu memperkemaskan gerak kerja penambahan dan pendaftaran pengundi baharu, penculaan sama ada di lapangan atau telecula juga mesti dilaksanakan, program ziarah perlu dipergiat dan direkodkan secara berkala, program penerangan media baharu perlu diatur dan dipergiatkan dan bilik operasi Jentera Pilihanraya Muslimat Pas (Halwa) dibuka dan disusun jadual tugasannya secara teratur," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian perasmian Muktamar Dewan Muslimat Pas di Kota Raja, di sini hari ini.

Katanya, pimpinan Muslimat Pas perlu memperkasakan program pembangunan ekonomi dan pembinaan jati diri dalam kalangan ahli di kawasan selain memastikan setiap perancangan dibuat secara rapi bagi memastikan gerak kerja dapat dilaksanakan dengan baik.

Artikel Berkaitan: