UMNO dapatkan penjelasan Pas esok

Ahmad Zahid bertemu dengan pengundi, Mohd Saad Kamaruddin, 72, ketika mengadakan Ziarah Kasih di Felda Gunung Besout 2, Sungkai hari ini.
Ahmad Zahid bertemu dengan pengundi, Mohd Saad Kamaruddin, 72, ketika mengadakan Ziarah Kasih di Felda Gunung Besout 2, Sungkai hari ini.
A
A
A

TANJUNG MALIM - UMNO akan mendapatkan penjelasan daripada pimpinan Pas esok berhubung pendaftaran Perikatan Nasional (PN).

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, satu pertemuan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan diadakan di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Slim River di sini pada jam 9 malam.

Beliau berkata, pada pertemuan itu, terdapat mesej tertentu yang mahu disampaikan kepada Pas.

"Sebagaimana yang diketahui, kini Pas telah bersama-sama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendaftarkan partinya sebagai gabungan rasmi di dalam PN. Ini akan diperjelaskan esok.

"Tentunya ada mesej tertentu di mana Muafakat Nasional (MN) akan terus diperkasa dan diperkukuhkan. Ia bukan hanya UMNO dan Pas tetapi kita menggunakan pendekatan yang mana parti-parti komponen BN seperti MCA dan MIC tetap bersama," katanya kepada pemberita selepas mengadakan Ziarah Kasih di Felda Gunung Besout 2, Sungkai di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, biarpun MN tidak didaftarkan, namun ia merupakan gabungan politik yang menyokong PN.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menjelaskan pihaknya tidak akan masuk campur urusan Pas untuk bersama Bersatu mendaftarkan PN

[Artikel berkaitan: https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/97409]

Artikel Berkaitan:

Mengenai kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pula, Ahmad Zahid berkata, BN kini menggunakan pendekatan melawat rumah ke rumah.

Katanya, semua pemimpin UMNO, Pas dan parti lain yang membantu kempen akan menggunakan pendekatan sama malam.