'Kemenangan luar biasa'

Pemain Sevilla meraikan kejuaraan menjulang trofi Liga Europa. Foto: EPA
Pemain Sevilla meraikan kejuaraan menjulang trofi Liga Europa. Foto: EPA
A
A
A

KELAB dari Sepanyol, Sevilla layak digelar sebagai pasukan gergasi selepas menjuarai Liga Europa menewaskan Inter Milan 3-2 dalam aksi final awal pagi tadi.

Pemain pertahanan Sevilla, Diego Carlos berkata, kejayaan tersebut memperlihatkan kualiti yang dimiliki pasukan selepas menggondol trofi itu buat kali keenam sejak tahun 2005.

"Saya amat-amat gembira.Ini membuktikan bahawa Sevilla jug amerupakan sebuah pasukan gergasi dengan pemain yang hebat.Ia gelaran yang amat penting buat kami dan saya berterima kasih kepada Sevilla atas apa yang telah mereka lakukan untuk saya,"katanya.

Dalam perlawanan itu, Inter terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan penalti Romelu Lukaku sebelum Sevilla hadir dengan dua gol menerusi Luuk de Jong pada minit ke-12 dan ke-33.

Pertahanan Inter, Diego Godin menyamakan kedudukan pada minit ke-35 sebelum Carlos menjadi pemusnah kepada harapan Inter dengan gol kemenangan pada minit ke-74.

Dalam pada itu, de Jong menyifatkan kemenangan tersebut sebagai luar biasa apatah lagi menang ke atas pasukan gergasi Itali.

"Ia luar biasa. Kami melalui perlawanan yang sukar sepanjang kejohanan ini tetapi kami bermain dengan baik sebagai satu pasukan dan mencapai kejayaan.

"Tidak kira siapa pun yang bermain, semua orang memberi kerjasama dan anda dapat melihatnya dalam perlawanan ini.Kami bermula baik tetapi mereka mendapat gol secara tiba-tiba melalui sepakan penalti.

Artikel Berkaitan:

"Tetapi, kami tidak mengalah dan saya kemudian menjaringkan dua gol tandukan. Ia perasaan yang hebat dan kami bertuah memenanginya," katanya.