Pusat mengundi jauh bukan halangan

No Image Caption
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Seawal jam 6.30 pagi sudah keluar dari rumah untuk menunaikan tanggungjawab mengundi.

Itu semangat ditunjukkan pengundi Orang Asli di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Menson, di sini.

Nordin Panjang, 65, dia keluar awal dari rumah di Kuala Boh kerana jarak perjalanan yang jauh ke tempat mengundi iaitu kira-kira 45 minit.

"Sebab itu saya keluar rumah awal supaya tidak sampai lewat. Kalau lewat nanti lagi lama kena beratur.

"Ini pun saya beratur selama setengah jam sebelum boleh mengundi," katanya.

Sementara itu, Ayok Angil, 70, berkata, dia datang awal kerana begitu bersemangat untuk mengundi.

"Pukul 7 lebih saya dah sampai di tempat mengundi. Semua proses berjalan lancar dan saya gembira dapat undi awal," katanya.

Artikel Berkaitan: